Anwar Ibrahim Persoal Pemberian Bantuan Kerajaan, Ini Jawapan TSMY

MALAYSIA: Tadi telah bermulanya sidang Parlimen selepas lama berhenti disebabkan oleh pandem1k c0v-19. Dalam sidang tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pemb4ngkang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Beliau mempersoalkan mengapa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh kerajaan menelan kos yang tinggi namun kerajaan tidak membentangkan atau dibahaskan di parlimen sebelum diberikan.

Disebabkan persoalan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi itu terpaksa diumumkan sebelum sesi parlimen bermula kerana kerajaan mahu memberi bantuan segera kepada rakyat dan perniagaan yang telah terjej4s.

Ini kerana Parlimen ketika itu belum boleh dimulakan namun dalam masa yang sama rakyat dalam keadaan mendes4k atau sangat memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Jadi inisiatif yang diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan nasib dan hak rakyat dapat dijamin. Oleh itu, kerajaan harus bertindak segera agar bukan sahaja nasib rakyat dibela namun semua sektor lain dijaga oleh kerajaan.

“Saya dan kerajaan tiada pilihan lain kecuali berpendapat memberikan tindakan segera kepada rakyat sebelum Parlimen bersidang. Jika belum dibentang, Insha Allah Menteri Kewangan akan memberikan pembentangan secara terperinci mengenai berpuluh insentif yang diumumkan oleh kerajaan”- Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini kerajaan di bawah kepimpinan TSMY mengumumkan berpuluh bantuan kewangan untuk rakyat bagi membela nasib dan meringankan beban rakyat ketika melalui fasa pandem1k c0v-19.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Rentas Asia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*