“Bukan Salah Jantina” – Syafie Naswip Muak Dengan Perbalahan Isu RogoI

Pelakon Syafie Naswip akui muak mendengar cerita perbaIahan yang menyalahkan jantina berkaitan isu rogoI.

Kata Syafie, netizen sepatutnya berhenti meletakkan kesaIahan jen4yah itu berdasarkan jantina seseorang.

“Stay chill. Berhenti salahkan jantina. Kau salah lelaki, kau salah perempuan. Bukan disebabkan jantina. Itu pilihan masing-masing dan cara didikan macam mana.

“Apabila beri ceramah, teguran, nasihat, video komen atau sebagainya, jangan cakap atau tulis lelaki semua perangai macam ****. Perempuan semua perangai macam ****. Jangan begitu,” tulis Syafie menerusi Instagram Stories.

Syafie turut menasihati netizen agar menggunakan platform laman sosial secara matang dan bukan menjadikan ruangan komen sebagai tempat melepaskan kebencian.

“Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebenc1an. Kalau kau nak benci lelaki atau perempuan, then kau seorang saja.

“Jangan tanamkan pada anak bangsa lain. Ingat bukan salah jantina. Aku okey saja cuma lama-lama dengar jadi muak. Jadi saja la up,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh apabila penyanyi Fynn Jamal mengulas mengenai jen4yah rogoI dan menyeru golongan wanita untuk menjaga penampilan.

Justeru, kenyataan Fynn itu mendapat perhatian netizen hingga ada yang menyaIahkan wanita dan ada juga yang meletakkan kesaIahan terhadap lelaki.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*