i-Guru Cadang Cuti Khas Aidiladha

IKATAN Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) berharap Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan semula tarikh cuti Aidiladha bagi memberi peluang kepada warga pendidik pulang berhari raya.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya mencadangkan supaya 30 Julai dijadikan cuti khas Aidiladha dan 3 Ogos sebagai cuti pelepasan.

Katanya, hal ini bagi memastikan guru dan orang ramai pulang berhari raya di kampung selepas mereka tidak dapat merayakannya pada Aidilfitri lalu.

“Langkah pemberian cuti khas ini adalah sebagai ganti cuti persekolahan yang sepatutnya berlaku pada tempoh Aidiladha serta memberi peluang orang ramai yang sudah merancang melaksanakan ibadah korban bersama keluarga.

“Kami berpendapat jika sekiranya pihak KPM keberatan untuk memberikan cuti khas pada hari raya Aidiladha, Kementerian juga boleh mengurangkan hari cuti persekolahan bulan Ogos daripada lima kepada empat hari.

“Keprihatinan pihak kementerian dalam mempertimbangkan pemberian cuti khas ini kepada warga guru akan menggembirakan mereka dan memudah perancangan Aidiladha, yang akan disambut tidak lama lagi,” katanya di Seemban, hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*