SOP Sidang Dewan Rakyat Dilonggarkan Sedikit

PERSIDANGAN Dewan Rakyat pada 13 Julai depan tetap akan berlangsung dalam normal baharu mengikut standard prosedur operasi (SOP) ditetapkan kerajaan dengan sedikit kelonggaran.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, walaupun diberikan sedikit kelonggaran namun penjarakan sosial satu meter di antara Ahli Parlimen akan tetap dilaksanakan.

“Kedudukan setiap Ahli Parlimen di dalam dewan akan diperkemaskan, termasuk jarak mereka yang sebelum ini yang agak tidak tersusun.

“Jika pada sidang sebelum ini (18 Mei 2020), ada jarak antara Ahli Parlimen berkenaan satu meter atau lebih tetapi pada yang akan datang ianya akan disusun dengan kiraan yang tepat supaya sidang yang berlangsung berkenaan mampu memuatkan para tetamu yang hadir,” katanya ketika sidang media selepas

Program Pemberian Sumbangan Kebajikan Parlimen Batu Pahat, hari ini.

Menurut Rashid, semua ahli parlimen perlu hadir pada sidang kali ini kecuali mempunyai alasan yang kukuh serta pemeriksaan kesihatan pula hanya perlu dilakukan bagi mereka yang bergejala sahaja.

“Sidang dewan juga akan dijalankan seperti kebiasaannya apabila tempoh masa bersidang akan dimulakan bermula 10 pagi dan akan tamat pada 5.30 petang, kecuali jika ada usul baharu.

“Pada sidang berkenaan juga ianya dianggap penting kerana akan lebih memfokuskan kepada usul yang berkaitan keselamatan negara berbanding dengan usul yang lain, katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat menyatakan, sumbangan yang dijalankan membabitkan lima penerima yang terdiri daripada golongan memerlukan, selain sumbangan turut diberikan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam parlimen Batu Pahat.

“Sumbangan sebanyak RM20,000 ini turut disampaikan kepada beberapa orang nelayan yang terlibat dalam kejadian ribut Jun lalu sehingga mengakibatkan kerosakan kepada bot masing-masing,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*