Sedih Lihat Bayi Perempuan Masih Bernyawa Dihurung Semut

“SAYA nampak ada benda bergerak dalam balutan kain batik dan pada mulanya saya sangka anak kucing, tetapi rupanya bayi baru lahir,” kata Nor Hidayah Shafie, 26.

Wanita itu menyedari terdapat bayi perempuan berbalut kain batik di bangku hadapan rumahnya pada 7 pagi tadi ketika mahu memberi makan ayam di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Menurutnya, bayi perempuan itu tidak menangis, tetapi badannya masih dipenuhi d4rah.

“Saya percaya bayi itu baru lahir kerana masih bertali pusat dan d4rah pun masih baru.

“Ketika itu semut mula menghuruvng bayi itu, tetapi saya sedih melihat keadaannya mungkin dalam kesejukan,” katanya ketika ditemui di lokasi rumahnya, hari ini.

Nor Hidayah berkata, sebelum itu dia ada terdengar bunyi motosikal sekitar 5.30 pagi, tetapi tidak mengesy4ki apa-apa kerana mungkin jiran hendak keluar.

Katanya, dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan bayi berkenaan.

“Anggota polis yang tiba membawa bayi berkenaan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Difahamkan, bayi perempuan itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (NICU) HSB untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseks4an kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membu4ng bayi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*