Budak Kelaparan Dikuruvng Dalam Kandang Anjing, Ditemani Beratus Haiwan Termasuk UIar

SEORANG kanak-kanak ditemui dikuruvng dalam sebuah kandang anjing, dan dikelilingi oleh ratusan haiwan yang tidak dijaga baik.

Penemuan itu turut memb0ngkarkan aktiviti sebuah keluarga menanam g4nja dan memelihara haiwan untuk dijual.

Polis menemui kanak-kanak itu dalam satu operasi menyelamatkan haiwan di Henry County, Tennessee di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Ibu kepada kanak-kanak itu, berusia 42 tahun, bapa tirinya, 46, dan datuknya, 62, ditahan dan berhadapan dengan pelbagai pertuduvhan.

Bercakap pada sidang media pada Jumaat, Henry County Sheriff Monte Belew berkata, selain kanak-kanak itu, turut ditemui adalah lapan uIar, 56 anjing, 10 arnab, 86 ayam, seekor cicak, termasuk 531 tikus dan hamster.

“Di ruang tamu, ada anak yang dikuruvng, ada lapan ekor uIar dan makanan uIar itu berdekatan dengan kandang kanak-kanak itu.

“Lapan uIar di ruangan yang sama, lalu tikus berlari ke mana-mana,” katanya.

Seorang kanak-kanak ditemui di dalam kandang dikelilingi oleh 700 ekor haiwan. Foto Henry County Sheriff’s Office

Belew menambah, kanak-kanak itu didapati menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam kandang.

“Sungguh menyedihkan melihat keadaan tempat tinggal anak ini. Tidak ada apa-apa untuk kanak-kanak itu di luar kandangnya di rumah itu.

“Semua mainannya ada bersamanya. Tidak ada mainan lain, tidak ada buaian, tidak ada selimut untuknya,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa terdapat sampah dan makanan di atas kandang yang menempatkan kanak-kanak itu.

“Dan anda dapat mengetahui bila seorang kanak-kanak kelaparan,” katanya. – Mirror

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*