Sidang Kemuncak C0VID-19 Berjaya Raih AS$6.9 Bilion

SEJUMLAH AS$6.9 bilion berjaya dikumpul pada sidang kemuncak C0VID-19.

Sidang kemuncak itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bersama oleh kumpulan eksekutif EU dan kumpulan penyokong Global Citizen.

Sebanyak 40 negara mengambil bahagian dalam sidang kemuncak yang diadakan pada Sabtu.

Suruhanjaya dan bank pelaburan Eropah berjanji menyumbang AS$5.5 bilion, Amerika Syarikat AS$545 juta, Jerman AS$383 juta, Kanada AS$219 juta dan Qatar AS$10 juta.

Dana itu akan digunakan untuk ujian sar1ngan, rawatan dan vaks1n C0VID-19 serta menyokong komuniti termiskin dan terpinggir di dunia.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen menyatakan adalah penting bagi setiap individu yang memerlukan untuk mendapatkan vaks1n.

Negara anggota juga menekankan keperluan penghasilan vaks1n dan akses rawatan kepada semua pihak.

EU memperjuangkan kerjasama global dalam usaha mengawal dan menamatkan pandem1k.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*