Wanita Baru Habis Pantang Menangis Dapat Tahu Suami Penagih

WANITA baru habis pantang terkejut apabila suaminya ditahan polis kerana terbabit dengan d4dah di Langkawi, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu menangis kerana ketika serbuvan 12 tengah hari itu, dia bersama suami dan tiga anaknya berusia tiga bulan hingga enam tahun bersiap untuk ke klinik.

Dia merayu supaya suaminya dibebaskan kerana bimbang terpaksa menjaga anak-anaknya seorang diri disebabkan tidak bekerja selain t1dak mampu membayar sewa rumah serta membeli susu anak.

Lebih meruntun hati apabila dua daripada anaknya berusia lima dan enam tahun turut terkejut melihat bapa mereka ditahan polis dengan tangan bergari. Namun, bapa tiga anak itu diberi peluang mencium anak-anak dan isterinya sebelum dibawa ke balai.

Lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan terpaksa mengambil d4dah jenis syabuv sejak Mac lalu untuk memberi tenaga ketika menangkap ikan di laut selain menghilangkan rasa mengantuk.

Katanya, dia pada mulanya mahu mencuba selepas rakannya yang juga nelayan menyuruh dia cuba sebelum ketag1h.

“Saya guna duit hasil menangkap ikan untuk beli d4dah daripada ejen yang masuk ke kawasan ini atau beli melalui rakan ketika di laut.

“Saya keluar menangkap ikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas hilang pekerjaan dan bekerja sebagai tukang baiki tangki air di kawasan Langkawi sebelum ini dan sejak itulah saya cuba mengambil d4dah untuk hilang tek4nan disebabkan tak ada duit,” katanya di Langkawi, semalam.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut.

Dalam serbuan itu, beberapa penag1h d4dah yang sedang berurusan dengan ejen bertemp1aran lari sebaik menyedari kawasan itu diserbuv polis namun sebahagiannya berjaya ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jen4yah Narkot1k Kedah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima anggotanya berhubung kegiatan pengedaran dan penagihan d4dah di kawasan itu.

WANITA terkejut suaminya ditahan polis kerana disyaki penag1h d4dah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Beliau berkata, serbuan besar-besaran dilakukan di pulau Langkawi ini adalah untuk membanteras kegiatan d4dah yang semakin membimbangkan.

“Hasil maklumat yang kita perolehi mendapati, penag1h di pulau ini mendapatkan bekalan secara kecil-kecilan daripada pengedar untuk kegunaan sendiri bagi tujuan melepaskan gian.

“Bagaimanapun, melalui operasi Op Sarang yang kita jalankan ini, anggota kami berjaya menangkap ramai penagih termasuk pengedar d4dah sepanjang hari dalam ops berkenaan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*