Tok Mat Minta PM Bubar Parlimen, Tamatkan Ketidaktentuan Politik

Deputy President of UMNO Tan Seri Mohamad Hasan delivers speech at the closing of Umno General Assembly 2018 at PWTC. AZHAR MAHFOF/The Star (30/09/2018)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa.

Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.

“Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikaI termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemeIesetan ekonomi.

“Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.

“Justeru, pembubaran Parlimen ini perlu dilakukan tanpa berlengah. Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.

“Ini bukan sesuatu yang sihat untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam mengemukakan cadangannya itu, Mohamad meminta Muhyiddin mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan itu dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.

“Hanya kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang bersifat ‘unprecedented’ yang sedang kita hadapi.

“Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.

“Oleh itu kembalikanlah kuasa kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan ke hadapan untuk negara kita,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*