Seorang lelaki Argentina telah menyelesaikan pengembaraan pelayaran dari Portugal ke Mar del Plata dalam usaha untuk bertemu kembali dengan ibu bapanya.
Juan Manuel Ballestero, 47, mengambil keputusan untuk berlayar ke kampung halamannya di Mar del Plata selepas penerbangannya dibatalkan berikutan kr1sis w4bak koronav1rus (C0vid-19).
Ballestero berkata, dia berasa lega berjaya tiba ke destinasi dengan selamat selepas hampir 3 bulan berlayar seorang diri.
“Saya merancang mahu tiba di Argentina pada 15 Mei bagi menyambut ulang tahun kelahiran bapa, tetapi sebaliknya saya sampai di sini pada hari bapa,” katanya.
Walaupun sekarang dia sudah sampai ke destinasi yang ingin ditujuinya, tetapi dia masih tidak dapat mendekati ibu bapanya kerana dia perlu kuarantin di dalam perahunya selama 14 hari.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Siakap Keli
Leave a Reply