Tiga Pegawai Imigresen Jadi Tali Barut Ditahan

TIGA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan susulan operasi berterusan polis negeri ini ke atas kegiatan sind1ket penyeIudupan migran sejak Mac lalu.

Pegawai Imigresen berusia 30 hingga 48 tahun itu bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang manakala anggota PPM berusia 41 tahun pula bertugas di Markas Operasi Pasukan Marin di Putrajaya.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga pegawai Imigresen 23 Jun lalu.

Kejayaan operasi itu susulan maklumat diperoleh hasil soal siasat ke atas 12 migran warga Indonesia yang ditahan oleh cawangan khas di antara 15 hingga 21 Jun lalu.

“Taktik digunakan tiga suvspek itu ialah dengan menyediakan cop (keluar/masuk) Imigresen Malaysia disyaki paIsu bagi menguruskan penyeIudupan warga Indonesia yang sudah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*