Amanah, DAP mahu Tun M jadi PM-9, Anwar PM-10

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan (PH) mampu menunggu enam bulan lagi untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, kedua-dua pemimpin itu menegaskan bahawa mereka konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia sejak 1998  dan akan terus berbuat demikian.

Namun, kata mereka, senario politik semasa mendorong mereka juga untuk bersetuju dengan pilihan kedua, iaitu Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan selama enam bulan dan selepas tempoh itu digantikan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Perjalanan politik ini, telah mengambil masa selama 22 tahun. Justeru, PH mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10,” kata Guan Eng dan Mohamad.

Menurut mereka lagi, peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar selepas tempoh enam bulan itu akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani oleh semua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka.

Menurut Guan Eng dan Mohamad, dengan latar senario politik semasa, satu-satunya pilihan realistik untuk PH berjaya adalah menggabungkan kekuatan semua lima parti melibatkan PKR, Amanah, DAP, parti Warisan dan kelompok penyokong Dr. Mahathir dalam Bersatu.

Mereka berkata, walaupun Dr Mahathir, Warisan dan PKR tidak dapat saling bersetuju, semua parti dalam PH (Plus) mesti mencari titik persamaan untuk menuntut kembali mandat diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

PKR dalam kenyataannya baru-baru ini, mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Dr. Mahathir Perdana Menteri dan Anwar Timbalan Perdana Menteri dengan peralihan kuasa kepada Presiden PKR itu selepas tempoh enam bulan.

PKR membuat keputusan itu berikutan Warisan dan Dr. Mahathir menolak pilihan pertama untuk mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri.

Kedua-dua pilihan itu dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang dipengerusikan Anwar.

Menurut mereka, dalam usaha menghormati mandat pilihan raya yang diberikan rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU 2018, ada pihak mengambil peluang melabelkan PH sebagai gila kuasa.

Katanya, PH telah dikr1tik kerana lambat bertindak menuntut kembali mandat rakyat, tetapi apabila laluan yang realistik ditemukan, mereka dikritik pula kononnya gila kuasa.

“Ini tidak adil kerana walaupun kami tidak gentar menjadi pemb4ngkang, rakyat telah mengundi pada tahun 2018 supaya kami mengambil alih kerajaan.

“Kedua-dua kami, DAP dan Amanah telah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak.

“MaIangnya, usaha itu belum berjaya, malah kita berharap PKR dan Dr. Mahathir bersama Warisan tidak akan semakin menjauh, bahkan terus merapat dan bersatu-padu,” katanya.

Melihat masing-masing sebagai musuvh, bukan rakan sekutu, Mohamad dan Guan Eng berpendapat, sikap sedemikian tidak akan membantu, bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat.

Katanya, hanya apabila PH bersetuju, mereka akan memastikan dapat menuntut semula kerajaan milik rakyat ini.

“Seperkara lagi, tidak patut ada sebarang urusan dengan watak utama (bekas pemimpin PH) yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan sah PH dan membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat ini berkuasa.

“Pengundi PH tidak akan mengampunkan mereka yang telah mengkh1anati amanah yang telah diberikan.

“Mereka memberi penghormatan kepada pemimpin PH, Warisan dan Bersatu yang telah berani berdepan uguvtan dan godaan bagi menolak kerajaan PN yang tidak mendapat mandat itu,” tegasnya.

Menurut mereka lagi, PH dan orang ramai menyokong serta bersetiakawan dengan kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengek4ng anas1r pengkh1anat daripada cuba menumbangkan kerajaan yang telah dilantik melalui pilihanraya.

Semalam Anwar menegaskan beliau cur1ga dengan cadangan memberi ruang kepada Dr Mahathir umenjadi perdana menteri sekali lagi selepas janji untuk menyerahkan kuasa pada Mei 2020 semakin kabur apabila bekas perdana menteri itu mengumumkan akan berbuat demikian selepas persidangan APEC akhir tahun ini.

Anwar menyifatkan tempoh hampir 24 tahun yang diperoleh Dr Mahathir memegang tampuk kuasa adalah mencukupi dan tiba masanya menyerahkan jawatan tersebut mengikut giliran seperti yang dijanjikan. – MalaysiaGazette

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*