Rezeki PRK Chini

REZEKI pilihan raya. Itu kesimpulan buat peniaga makanan dan buahan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, dekat Pekan, apabila jualan masing-masing meningkat sekali ganda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu.

Bagi mereka, ia bagaikan ‘durian runtuh’ dan disambut rasa gembira, kerana menambah pendapatan mereka, apatah lagi selepas pendapatan mereka terjej4s sejak tiga bulan lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang terpaksa dilaksanakan kerajaan bagi membendung penuIaran w4bak C0vid-19.

Rizal Mohamed, 41, penebar roti canai dan pemilik gerai makan pagi di Felda Chini 5, berkata, secara purata, pada hari kebiasaannya dia menjual sekitar 100 roti canai namun disebabkan PRK, secara tiba-tiba permintaan melonjak sekitar 300 sehari.

“Memang dalam dua tiga hari ni tak menang tangan menebar roti. Ada limpahan kebaikan daripada pilihan raya ini… kebanyakannya adalah pengunjung luar yang mungkin berkempen di Chini. Alhamdulillah, rezeki pilihan raya,” katanya kepada Bernama.

Rizal yang turut berniaga masakan panas pada sebelah malam berkata, tempoh berkempen 14 hari calon PRK yang bertanding di Chini akan akan digunakan peluang sebaik mungkin, untuk mencari rezeki tambahan.

“Peluang ini jarang-jarang berlaku dan insya-Allah kedai saya akan buka berniaga, sampai habis pilihan raya,” katanya.

Peniaga buah, Norzita Said, 52, menyifatkan kemeriahan PRK meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sememangnya memberi kesan positif buat dirinya apabila buah-buahan seperti durian, mangga dan pisang, laku.

Dia yang juga generasi kedua Felda, jika kebiasaan stok buah mengambil masa hampir seminggu untuk habis dijual, namun kehadiran ramai petugas bagai memberi rahmat kepadanya.

“Mak cik sangat seronok berniaga semasa pilihan raya ini, sebabnya buah-buah baru dibeli dengan peraih tak sempat nak diperam dalam stor pun habis dibeli orang,” katanya yang berniaga berhadapan tapak Pasar Tani Kekal di Bandar Dara Chini.

Sementara itu peniaga menjual menu laksa dan mi kari di Felda Chini 2 Sahilawati Hassan, 39, berkata, kedatangan pelanggan pada musim PRK bertambah sekali ganda.

“Bagi saya, rezeki datang dengan berbagai cara. Jadi ini adalah rezeki pilihan raya. Dalam dua tiga hari ini, lebih 100 mangkuk mi kari dan laksa dijual sehari, berbanding tak sampai 50 mangkuk pada hari biasa,” katanya.

PRK DUN Chini, dengan pengundian pada 4 Julai ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*