Selepas Empat Tahun, Angelina Jolie Akhirnya Dedah Punca Pencera1an

Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie akhirnya mendedahkan punca sebenar pencera1annya dengan pelakon Brad Pitt. Memetik laporan Cosmopolitan, Angelina membuat keputusan untuk bercera1 adalah untuk kebaikan anak-anaknya sendiri.

“Saya berpisah untuk kebaikan keluarga saya sendiri, ia merupakan satu keputusan yang tepat, selepas bercera1, saya tidak henti memberi sokongan kepada anak-anak.

“Sejak saya berdiam diri mengenai punca pencera1an, terdapat banyak pihak yang mengambil kesempatan mereka-reka cerita paIsu dan akhirnya dilihat oleh anak-anak saya.

“Walaubagaimanapun, saya sering mengingatkan mereka tentang kebenaran sebenar, mereka juga tahu menilai,” katanya dalam satu temu bual bersama Vogue India.

Dalam pada itu, Angelina turut menyifatkan anak-anaknya sebagai insan berani dan kuat.

“Sebetulnya, keenam-enam anak saya sangat berani, kuat dan masih muda,” katanya lagi.

Terdahulu, Angelina dan Brad merupakan salah satu daripada pasangan popular yang digemari ramai di Hollywood.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak kandung dan turut mengambil tiga orang anak angkat.

Namun, pasangan ini membuat keputusan untuk bercera1 pada tahun 2016.

Difahamkan, proses tuntutan penjagaan anak antara mereka kini berjalan dengan lancar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*