Peningkatan Mendadak Kes Baharu Dijangka Di Lima Negeri

WASHINGTON: Bekas Pengarah Pusat Kawalan Penyak1t di Amerika Syarikat (CDC) menyatakan lima negeri menyaksikan peningkatan mendadak kes baru C0VID-19.

Dalam masa yang sama, Tom Frieden yang menjadi pengarah pada 2009 sehingga 2017 juga menyatakan, lima negeri itu ialah Arizona, Alabama, Florida, South Carolina dan Texas berdepan ris1ko menyaksikan penuIaran besar dalam masa dua minggu.

Sebelum ini wujud pelbagai kerisauan tindakan beberapa negeri di AS yang membuka kembali ekonomi terlalu pantas akan mengak1batkan gelombang kedua.

Menurut Friedan, ini dijangka berlaku jika keadaan semasa berkenaan langkah keselamatan dan kesihatan yang dilonggarkan berterusan.

“Apa yang akan berlaku di masa depan? Hanya masa yang akan menentukan.

“Namun ini semua boleh diubah jika kita melakukan penjarakan sosial, memakai penutup muka, membasuh tangan, menjejaki kontak dan melakukan sar1ngan.

“Kita mampu menghentikan C0VID-19 daripada menul4r. Namun jika kita tidak berhati-hati, C0VID-19 akan kembali. Kita penat duduk di rumah, namun C0VID-19 tidak akan berhenti.

“Saya rasa mungkin ‘gelombang kedua’ tidak tepat. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dengan C0VID-19.

“Ia tidak pernah berlaku kepada manusia sebelum ini. Apa yang kita saksikan adalah gelombang, peningkatan, kluster yang berlaku bergantung kepada kontak dan sama ada langkah yang diambil efektif.

“Jika anda lakukan pengesanan kontak dengan baik anda boleh mengelak kes daripada menjadi kluster, daripada menjadi w4bak dan daripada w4bak menul4r dan mengak1batkan masyarakat Iumpuh,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut risaukan perhimpunan poIitik termasuk oleh Presiden AS, Donald Trump di Tulsa di mana orang ramai berkumpul di kawasan tertutup tanpa memakai topeng muka.

Sebaliknya Friedan menjelaskan, penuIaran dijangka kurang berlaku dalam perhimpunan di kawasan luar seperti protes kemat1an George Floyd di mana orang ramai memakai topeng muka.

Beliau dalam masa yang sama menyatakan ada tanda positif yang vaksin akan dapat dihasilkan pada tahun depan.

Namun tegasnya, penting untuk memastikan pengeluar tidak mengambil jalan pintas dalam pembangunan dan ujian.

Jika ini berlaku, ia mampu mengurangkan keyakinan orang awam ke atas vaks1n ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*