PERKAHWINAN selama 14 tahun bagikan diuji apabila si isteri tiba-tiba menerima surat kebenaran berpoligami dari mahkamah syariah.
Enggan terus berteka-teki, ibu anak satu itu terus bertanya kepada suaminya sebelum dihadiahkan dengan satu jawapan yang mengejutkan.
Tidak mendedahkan identiti dirinya, wanita itu membuat perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga pada Sabtu sehingga ia menjadi tular.
“Suami saya buat permohonan tu dalam diam-diam. Terkejutnya saya bila dapat surat tu. Saya tanya suami tentang surat tu, dia cakap ya betul, abang mohon.
“Kan abang dah cakap memang nak kahwin. Allahuakhabar. Macam nak pengsan saya dengar,” imbas wanita itu sewaktu dia bersemuka dengan suaminya.
Ujar wanita itu lagi, suaminya mendedahkan dia sudah tiga tahun menjalinkan hubungan.
Wanita itu mendedahkan dia tidak dibenarkan berjumpa bakal madunya.
Namun, usaha untuk berkahwin baru sahaja dilakukan kerana kewangannya juga kian stabil.
“Dia cakap dah lama nak kawhin dengan perempuan tu. Tapi sebab ekonomi tak stabil lagi, dia dah berkawan dengan perempuan tu tiga tahun.
“Saya tak tahu langsung. Ada hari tu saya ternampak mesej perempuan tu yang bertulis sayang-sayang.
Dia cakap dengan saya, nak tak nak, suka tak suka kena terima juga. Saya buntu. Apa patut saya buat.
`ISTERI BUNTU`
“Saya pun tanya, dia cakap itulah perempuan yang abang nak kahwin. Rasa nak luruh jantung saya,” ujarnya lagi.
Kata wanita itu, dia sememangnya tidak mahu dimadukan dan enggan hidup berpoligami.
Namun, suaminya mengakui enggan menceraikan dirinya dan mahu dia kekal menjadi isteri serta reda dengan ketentuan itu.
Antara komen-komen netizen.
“Suami saya cakap dia memang tak akan lepaskan saya. Dia cakap dia sayang kedua-duanya.
“Dia cakap dengan saya, nak tak nak, suka tak suka kena terima juga. Saya buntu. Apa patut saya buat.
“Saya nak jumpa perempuan tu suami saya tak bagi. Katanya tunggu dah kahwin baru jumpa,” luahnya lagi.
Sehingga kini, posting wanita itu menerima hampir 4,000 tanda suka (likes) dan dihujani lebih 1,2000 komen netizen.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Sumber
Leave a Reply