Kajian Mendapati Jin BTS Miliki Wajah Lelaki Paling Sempurna

AHLI kumpulan Kpop popular BTS, Jin, mempunyai wajah lelaki paling sempurna di dunia menurut Analisis Saintifik Belanda.

Artis Visual Belanda dari Bengkel Seni Lukisan Sluis menggunakan beberapa kaedah untuk menentukan wajah paling sempurna di dunia termasuk kombinasi teknik pemetaan wajah dengan ukuran kesempurnaan fizikal yang membandingkan ciri wajah dengan Nisbah Emas (Golden Ratio).

Setelah mengukur beberapa wajah paling terkenal dari 43 negara, Jin mempunyai perincian wajah yang paling sempurna dalam kategori lelaki.

Wajah penyanyi itu bukan hanya simetri, malah mempunyai ukuran optimum di bahagian mulut, mata, dagu, dan dahi.

Analisis ukuran wajah Jin BTS menjadi topik nombor satu Twitter di beberapa negara termasuk Malaysia.

Pengukuran wajah Jin menunjukkan bahawa wajahnya simetri dan bujur sempurna, telinga terletak pada pertiga pertengahan wajahnya, dan ruang antara matanya sama dengan lebar sebelah matanya.

Selain itu, tepi hidungnya sejajar dengan sudut dalam mata serta bahagian hidung depan, kiri dan kanannya mengambil ruang yang sama.

Analisis tersebut menjadi topik hangat dengan tanda pagar #MostPerfectFaceJin yang menjadi trend nombor satu Twitter di beberapa negara termasuk Malaysia, Filipina, Vietnam dan Peru.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*