Temuduga Bersemuka Boleh Dianjur Selepas ini

KERAJAAN membenarkan temuduga secara bersemuka diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu buat kementerian dan agensi kerajaan selain swasta, yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Sebelum ini temuduga perlu dibuat secara dalam talian, guna telesidang dan sebagainya, tapi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada Isnin bersetuju membenarkan kementerian atau agensi kerajaan melaksakan proses temudaga secara bersemuka.

“Ini juga (kebenaran) termasuk juga kepada pihak swasta dan sebagainya. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menyediakan SOP berkaitan temuduga bersemuka ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, SOP berkenaan akan disemak oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi kelulusan.

“Kita dah setuju cuma SOP perlu disedia dan sebaik kelulusan, maka SOP ini akan diedarkan untuk rujukan kepada semua kementerian, agensi dan swasta,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*