‘Ya, Itu Bekas Tunang Saya’- Intan Najuwa

“KALAU ada jodoh, adalah,” kata pelakon popular, Intan Najuwa sekali gus mengesahkan gambar lelaki yang dimuat naik di Instagram, kelmarin adalah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.

Intan, 23, berkata, selepas putuvs pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik.

Intan yang popular menerusi drama Setelah Ku Dimiliki turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.

“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putuvs tunang tempoh hari.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.

“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah berg4duh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,” katanya kepada Harian Metro.

Intan yang kini menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3 memohon doa yang terbaik buat mereka.

“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan Intan mengesahkan dia putuvs tunang dengan pasangannya selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu.

Menerusi kenyataan itu, Intan enggan mendedahkan punc4 sebenar perpisahan mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*