Selangor Bebas Zon Merah

SHAH ALAM: Selangor bebas daripada zon merah apabila daerah Hulu Langat merekodkan penurunan kes aktif yang mend4dak sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Penceg4han C0VID-19 Selangor (STFC) di Facebook, Hulu Langat kini merekodkan 11 kes aktif berbanding 62 kes kelmarin dan secara keseluruhan sebanyak 629 kes dicatat daerah itu.

Hulu Langat menjadi daerah tunggal yang berada dalam zon merah selepas Sepang memasuki zon kuning kelmarin.

“Kes sembuh yang tinggi menjadikan mukim Semenyih bertambah baik ke zon kuning dan mukim Cheras pula bersih dari kes aktif untuk menjadi zon hijau, sekaligus mengeluarkan daerah Hulu Langat dari zon merah ke kuning.

“Dengan perkembangan positif ini, daerah di Selangor kini kembali bebas dari zon merah sejak kali terakhir iaitu 23 hari lepas,” katanya.

Sementara itu, Selangor merekodkan pertambahan dua kes baharu, semalam iaitu dua kes luar negara.

Selain Hulu Langat, lapan daerah lain turut berada di zon kuning dan terus menunjukkan penurunan dalam kes aktif adalah Gombak (12), Sepang (12), Kuala Langat (11), Petaling (7), Kuala Selangor (4), Sabak Bernam (3), Hulu Selangor (2) dan Klang (1).

Sehingga kini, Selangor merekodkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,996 kes manakala 1,793 adalah kes sembuh, 63 kes aktif dan 24 kemat1an.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*