Tiada Pasukan Liga M Dibenar Berlatih Hari Ini

KUALA LUMPUR: Tiada pasukan atau kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang ‘lulus’ untuk kembali mengadakan latihan hari ini, meskipun kerajaan sudah memberi kelulusan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata l4rangan itu dibuat selepas mendapati tiada satu pun pasukan atau persatuan yang menghantar maklumat mengenai empat perkara dalam pematuhan SOP yang diminta pihaknya sebelum ini.

Empat perkara pematuhan itu adalah setiap pasukan perlu menyerahkan keputusan ujian calitan pemain dan pegawai terbabit, selain melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan SOP di peringkat pasukan.

Perkara ketiga adalah pasukan wajib menamakan pusat latihan yang diadakan di kawasan tertutup manakala keempat, venue latihan perlu didaftarkan melalui pautan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Justeru, Ghani menjangkakan tiada pasukan yang akan memulakan latihan hari ini atau esok kerana memahami semua perkara itu memerlukan masa untuk dikemukakan kepada MFL.

“Pada Jumaat lalu, hari bekerja pun tiada pasukan kemuka perkara itu. Hari ini (semalam) pun kita tak terima, maka tiada pasukan yang boleh turun latihan.

“Ujian swab (calitan) penting untuk pastikan semua individu yang terbabit dalam pasukan sihat. Kalau tidak dilakukan, ia akan menjadi kes4lahan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan kebenaran diberikan kepada bola sepak dan sukan lain mengadakan latihan tanpa sentuhan badan bermula, hari ini dengan penjar4kan sosial tiga hingga lima meter.

Mengulas lanjut, Ghani turut meminta semua pasukan tidak tergesa-gesa untuk memulakan latihan, sebaliknya merancang jadual latihan selaras dengan SOP yang perlu dipatuhi.

“Tidak semestinya 15 Jun itu, pasukan perlu tergesa-gesa nak turun latihan kerana mungkin ia akan menyebabkan ada SOP yang tertinggal atau tak dapat dipenuhi.

“Kebanyakan pasukan dalam proses sebab pada Jumaat lalu kita dapat info ada pasukan yang buat ujian swab dan san1tasi tempat latihan. Itu yang sebaiknya, buat persediaan rapi bagi menjamin kesihatan semua pihak,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*