Batalkan Bil Eletrik Semasa PKP Untuk Hargai Kesetiaan Rakyat

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa membatalkan bil elektrik pengguna sepanjang tempoh Per1ntah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tiga bulan lalu.

Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar menegaskan, langkah itu wajar diambil sebagai satu penghargaan TNB kepada kesetiaan rakyat yang melanggan perkhidmatan itu sejak berpuluh tahun lamanya.

“Biarlah ia kali pertama atau sekali ini TNB memberikan penggunaan percuma sepanjang tempoh tiga bulan PKP ini untuk penggunaan kediaman rumah atau sumber elektrik 1 fasa.

“Percayalah, ramai pengguna yang terkesan teruvk ak1bat PKP sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan.

“Dengan cadangan ini memohon ihsan TNB untuk menghargai pengguna yang setia selama ini dapatlah menyunt1k semangat kepada mereka tanpa tek4nan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman dilaporkan men1ngkat kira-kira 23 peratus sepanjang tempoh PKP berbanding penurunan 33 peratus penggunaan elektrik secara keseluruhannya di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa TNB adalah sebuah syarikat perniagaan dan bukanlah sebuah badan yang bersifat sepenuhnya sebagai kerajaan rakyat.

“Sudah pasti sesebuah perniagaan mengutamakan keuntuvngan. Namun begitu, TNB tidak wujud persa1ngan yang menyediakan perkhidmatan sumber elektrik ini.

“Ini juga menjadikan rakyat sebagai pengguna tiada pilihan dalam memilih perkhidmatan TNB sahaja jika melibatkan sumber elektrik.

“Sudah tiba masanya pengguna merasai penghargaan daripada TNB buat pertama kali memberikan caj percuma selama 3 bulan sepanjang tempoh PKP lalu,” katanya.

Langkah pengecualian bayaran ini mampu membantu keseluruhan rakyat yang sangat terkesan dengan sepanjang tempoh PKP yang kehilangan sumber pendapatan.

“Rakyat melahirkan rasa kekecew4an dan beb4nan kew4ngan terl4mpau, ditambah pula dengan penyata bil elektrik yang diterima daripada TNB.

“Banyak perkara yang dipertika1kan oleh rakyat selaku pengguna dengan t1ndakan pr0rata untuk penjumlahan bil elektrik ini.

“Perkara ini harus dilihat dengan apa yang kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama sedang lalui ak1bat C0vid-19 ini,” katanya.

Menurut A’zlan, TNB mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 18.7 peratus kepada RM4.45 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019) berbanding RM3.75 bilion pada 2018 yang diumumkan pada 8 Februari 2020 sebulan sebelum bermulanya PKP pada bulan Mac.

“Percayalah bahawa kejayaan ini adalah hasil dari sokongan pengguna selama ini yang setia bersama TNB.

“Kami juga akan menyerahkan mem0randum pengguna kepada pihak TNB untuk dipertimbangkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: All HMT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*