“Saya Pernah Rasa Hilang Kerja Dan Susah Nak Dapat Kerja…” – Shuib Sepahtu Terharu Lihat 300 Orang Hadir Temuduga Terbuka di BubbleBee

Pelawak dan penyampai radio Shuib akui terkesan apabila ramai yang hilang pekerjaan ak1bat pandem1k C0VID-19.

Shuib berkata, faham dan dapat merasakan kepayahan mereka mencari pekerjaan memandangnya pernah berada di tempat mereka satu ketika dahulu.

“Saya dah melaluinya dahulu. Datang temuduga kerja jauh-jauh tapi akhirnya tak dapat. Bila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.

“Kalau boleh saya mahu mereka semua dapat pekerjaan tapi apakan daya, peluang juga terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diluaskan rezeki.

Tambah Shuib, dia gembira sekiranya ada yang sudi untuk bekerja dengannya memandangkan jenama minuman BubbleBee bakal membuka enam cawangan baharu sedikit masa lagi.

“Saya menyeru kepada rakan-rakan artis atau orang perseorangan yang lain yang mempunyai modal tapi tak tahu nak berniaga apa, datanglah kepada kami.

“Setidaknya mereka boleh berniaga di samping membuka peluang pekerjaan baharu buat orang lain. Ini sebenarnya kepuasan sebenar bila berniaga dan bukannya sekadar meng4ut keuntungan semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib bersyukur apabila ibu pejabat BubbleBee yang terletak di Puchong, Selangor diserbuv hampir 300 orang yang hadir menghadiri temuduga.

Kesungguhan mereka menyebabkan dia terharu bercampur sayu, tambahan lagi yang hadir temuduga pelbagai jawatan itu bukan sahaja dari Kuala Lumpur, tetapi juga dari negeri lain.

“Saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa.

“Kalau 300 orang datang dan masing-masing duduk dengan jarak 1 meter, 3 kilometer juga tu,” katanya yang mengadakan temuduga terbuka selama dua hari bermula 10 Jun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*