Rezeki Cuba Nasib… Pelajar Ini Bakal Bertemu Wak Doyok, Dapat Rasa Naik Mustang

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.Itu perumpamaan yang mungkin sesuai untuk seorang pelajar, Ahmad Syakir Mohd Ghani yang mendapat peluang untuk bertemu dan menaiki kereta mewah jenis Mustang milik pelakon dan usahawan terkenal Wak Doyok.

Ketika dihubungi Gempak, Ahmad Syakir atau lebih mesra dipanggil Syakir, 16, menyatakan dia hanya mencuba nasib menghantar kiriman mesej peribadi kepada Wak menerusi akaun Instagram (IG).

“Saya sebenarnya salah seorang peminat Wak. Saya amat meminati fesyen dan juga kereta yang dimilikinya.

“Mula-mula tu nampak entri Wak pasal kereta dia, lepas tu saya cubalah balas dekat situ nak cuba nasib. Tak lama kemudian tak sangka yang Wak balas direct message (DM) dan minta 20,000 kicauan (retweet).

“Rasa macam tak percaya sebab saya berjaya capai lebih daripada 20,000. Awal-awal tu saya rasa tak boleh sampai pun,” katanya.

Tambah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) ini, dia dan Wak belum membuat keputusan bilakah mereka akan keluar bersama.

“Plan untuk keluar belum tahu lagi bila. Kita tengok bila ada kekosongan masa,” katanya lagi.

Terdahulu, Syakir telah berkongsi ‘screenshot’ perbualan bersama Wak di laman Twitternya.

Perkongsian pada 5 Jun lalu telah mendapat hampir 32,000 kicauan dan lebih 28,000 tanda suka (likes).


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*