Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang sering dipilih manusia untuk dijadikan sebagai pendamping. Bagi pecinta haiwan, kucing mungkin adalah terapi yang mampu menggembirakan hati yang dalam kekusuvtan ataupun ‘lem4u’ dengan masalah dunia, misalnya masalah kerja.
Begitupun, ramai mungkin terlupa kucing juga adalah makhluk bernyawa yang turut mempunyai perasaan tersendiri.
Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna facebook, Mona Liza Cat Home mengenai keadaan kucingnya yang dipercayai mengalami kemuruvngan atau depres1 selepas kehilangan anak-anak ak1bat kelahiran pra-matang.
Menurutnya, keadaan itu sudah pun berlarutan dalam tempoh sebulan. Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan oleh beliau, wajah kucing berkenaan kelihatan ‘kosong’, persis manusia yang kehilangan orang tersayang.
Kata Mona Liza Cat Home lagi, kucing bewarna putih itu turut kehilangan selera makan selain turut mengabaikan kebersihan bulu badannya.
Kucing itu juga dikatakan tidak lagi gemar bermain, ataupun aktif seperti sebelum kehilangan anak-anak tersebut.
Namun setelah pelbagai usaha yang dibuat, selain turut mendapatkan nasihat daripada pakar, kucing itu dilaporkan semakin pulih dan perlahan-lahan mendapatkan ‘keceriaannya’ kembali.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Siakap Keli
Leave a Reply