Individu Dikuarantin Di Rumah Wajib Pakai ‘Wristband’

INDIVIDU yang pulang dari luar negara dan dikuarant1nkan di rumah wajib memakai gelang tangan (wristband), dan perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan gelang tangan kuarant1n itu perlu dipakai walaupun berada di rumah.

“Mereka tidak boleh memotong gelang tangan itu sehingga tarikh akhir 14 hari tempoh kuarant1n itu.

“Mereka boleh dik0mpaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, pada hari ke-13, individu ini akan disar1ng sekali lagi, jika keputusan negatif baru mereka bebas untuk keluar dari rumah.

“Gelang tangan juga boleh dipotong dan tiada lagi pemantauan terhadap mereka,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*