
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang membenarkan semua premis perniagaan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada persatuan dan para peniaga khususnya yang terlibat dalam perniagaan makanan berhubung keputusan sebelum ini yang mewajibkan mereka menghentikan operasi pada jam 9.30 malam.
“Keputusan ini diharapkan mencukupi setakat ini dan semakan akan dibuat dari semasa ke semasa mengambil kira situasi w4bak C0vid-19 di Pahang dan pematuhan semua pihak terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.
“Saya juga berharap kita tidak hilang fokus, sebaliknya terus memberi tumpuan kepada menjayakan usaha membenduvng penul4ran w4bak C0vid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata, had masa premis perniagaan itu bagaimanapun dikecualikan kepada perkhidmatan perlu seperti klinik, stesen minyak dan kilang yang dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen perniagaan sedia ada. – Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Sinar Harian
Leave a Reply