Putrajaya, 9 Jun – Tiada penul4ran C0VID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia setakat 12 tengah hari, 9 Jun.
Bagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak tujuh kes C0VID-19 baru dicatatkan hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 6 daripada pesak1t baru merupakan kes import yang mendapat jangk1tan luar negara manakala satu kes baru penul4ran tempatan melibatkan warga asing.
“Seperti dimaklumkan, tiada kes penul4ran dalam negara dalam kalangan warga negara dicatatkan hari ini. Ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan negara setelah pelbagai usaha dilaksanakan bersama oleh semua pihak menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.
“KKM telah menggunakan maklumat terbaru daripada jumlah kes-kes harian penul4ran dalam negara dalam kalangan warga negara dan membandingkannya dengan graf pemodelan C0VID-19 seperti yang telah diramal oleh Institut Kesihatan Negara, KKM.”
Katanya, keputusan ini merupakan hasil kesan positif atas langkah kerajaan dan pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) digariskan.
“Didapati ia sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan tersebut iaitu di kawasan biru. Ini menggambarkan impak positif tindakan kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap SOP dan saranan kerajaan.
“KKM ingin mengucapkan tahniah terhadap rakyat Malaysia atas kerjasama terhadap kerajaan dalam usaha membendung C0VID-19.
Pun begitu, beliau berpesan agar rakyat terus berhati-hati dan sentiasa patuh kepada saranan kerajaan bagi menghindari gelombang ketiga C0VID-19.
“Namun, masyarakat perlu kekal berwaspada dan patuh SOP serta saranan ditetapkan bagi memastikan tiada jangk1tan kes C0VID-19 dalam kalangan masyarakat setempat atau terjadinya gelombang ketiga,” katanya.
Setakat ini, sebanyak 1,244 kes aktif dicatatkan dengan enam kes kr1tikal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang pesak1t memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada kemat1an dicatatkan hari ini.
Terkini #covid19malaysia, 9 Jun 2020
Kes sembuh (281 kes) adalah paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini. Selain itu, buat pertama kalinya, tiada kes baharu membabitkan warganegara dicatatkan pada hari ini.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 9, 2020
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Sumber
Leave a Reply