Senarai 10 Negara Yang Mempunyai Rizab Simpanan Emas Terbesar Dunia

Emas merupakan logam yang paling berharga dimuka bumi ini dan digunakan sejak sebelum masihi lagi sebagai mata wang. Sehingga kini emas masih lagi kekal relevan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara.

Setiap negara di dunia ini mempunyai rizab simpanan emas mereka yang tersendiri walaupun mereka tidak lagi menyandar nilai matawang mereka berdasarkan nilai emas.

Mari kita lihat senarai negara yang mempunyai rizab simpanan emas di dunia yang paling tinggi.

10) India – 607 Tan

Negara yang mempunyai penduduk yang kedua paling padat di China. Kerajaan India tidak menyimpan sepenuhnya rizab emas di negara sendiri.

India hanya menyimpan 10% simpanan emas yang dimilikinya di Bank of Mumbai dan selebihnya disimpan di Bank of England dan juga International Settlements di Switzerland.

9) Belanda – 612.5 Tan

Negara yang terkenal di dalam industri pengeksportan barangan makanan yang kedua terbesar di dunia dan juga pemprosesan makanan di antara yang terbaik di dunia. Negara ini telah menjual kebanyakan rizab simpanan emas mereka dan hanya sebahagian kecil sahaja yang disimpan di dalam negara.

Selebihnya disimpan di Bank of England 18%, 20% di Ottawa, dan 31% di New York dan Amsterdam.

8) Jepun – 765.2 Tan

Simpanan rizab emas Jepun berjumlah 2% daripada jumlah rizab emas dunia. Secara tradisinya, Jepun lebih gemar membeli emas dan tradisi itu terhenti apabila berlakunya gempa bumi yang memusnahkan loji nuklear di Fukushima.

Sejak dari peristiwa tersebut, Jepun lebih banyak menjual rizab simpanan emas mereka untuk memulihkan ekonominya.

7) Switzerland – 1,040 Tan

Negara terkenal dengan privasi pemegang akaun bank oleh masyarakat luar. Switzerland adalah tempat popular di dunia bagi menyimpan simpanan rizab emas mereka di sana.

Majoriti simpanan rizab emas Switzerland ini berada di Bern iaitu sebanyak 70% manakala selebihnya berada di Bank of England sebanyak 20% dan 10% di Ottawa.

6) China – 2,141 Tan

Sebelum ini, China banyak bergantung kepada perlombongan sebagai aktiviti ekonomi mereka. Setelah menjadi kuasa besar dunia ekonomi, negara ini banyak bergantung kepada ekonomi negara barat untuk tujuan pengeksportan.

Tidak diketahui secara jelas jumlah sebenar simpanan emas negara China ini.

5) Rusia – 2,228.2 Tan

Merupakan negara pengeluar emas ketiga terbesar di dunia. Ketika era Putin yang menerajui Rusia, presiden ini telah menambah jumlah rizab simpanan emas mereka dari setahun ke setahun.

Putin yang bukannya seorang penggemar Dolar Amerika Syarikat, namun terpaksa akur dengan sistem perdagangan dunia yang menggunakan USD dalam urusan jual beli.

4) Perancis – 2,436 Tan

Menyimpan semua rizab simpanan emasnya di Paris. Sebelum ini, Perancis  berada di tempat ke tiga dalam dalam senarai tetapi ketika era pemerintahan Nicolas Sarkozy, beliau telah menjual 500 tan rizab simpanan Perancis untuk membuat pelaburan dan juga membayar hut4ng negara tersebut.

3) Itali – 2,451.80 Tan

Mempunyai simpanan emas yang tidak disentuh sejak 20 tahun yang lalu walaupun keadaan negara berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi. Sungguh pun berdepan bebanan hut4ng yang tinggi, Itali masih lagi merupakan kuasa besar ekonomi Eropah dan menjadi watak penting dalam kemakmuran ekonomi di Kesatuan Eropah.

2) Jerman – 3,367.9 Tan

Merupakan negara yang paling maju di dalam Kesatuan Eropah. Jerman menyimpan simpanan emas mereka di The Deutsche Bundesbank sebanyak 70% dan turtut menyimpan emas mereka di New York dan Bank of England.

Kebanyakan emas negara ini disimpan oleh negara sekutu (NATO) ketika era per4ng d1ngin sebelum ditebus kembali oleh Jerman.

1) Amerika Syarikat – 8,133.5 Tan

Kuasa ekonomi dunia dan tidak hairanlah mereka juga mempunyai simpanan emas yang terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat pemerhati yang mempertikaikan jumah sebenar yang dimiliki oleh negara Amerika Syarikat kerana negara tersebut juga terkenal dalam meyimpan rizab emas untuk negara lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*