Isterinya Jantan

LOMBOK: M4lang buat seorang lelaki di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat apabila menjadi m4ngsa pen1puan ‘pasangannya’ yang hanya menyamar sebagai wanita.

Tribun News melaporkan kisah pasangan itu mengejutkan penduduk selepas gambar perkahwinan mereka tul4r di Instagram (IG).

Menerusi entri di salah satu akaun IG yang mendedahkan perkara itu, m4ngsa melaporkan perkara berkenaan di Balai Polis Kediri sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Lombok Barat.

Gambar dimuat naik itu menunjukkan pasangan itu bergambar bersama-sama selepas akad nikah namun wajah pengantin ‘wanita’ disamarkan.

Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sandiarsa mengesahkan kes berkenaan.

Menurut Sandiarsa, pengantin lelaki itu dikenali sebagai Muh berusia 31 tahun dan berasal dari Pejeruk, Ampenan, Mataram.

“Kisah cinta mereka berputik selepas berkenalan di laman sosial.

“Bertitik tolak daripada situ, timbul rasa cinta dan akhirnya mereka sepakat mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu.

“Namun, pen1puan Mit (penyamar) terb0ngkar pada malam pertama selepas menolak untuk melakukan hubungan kelam1n dengan Muh,” katanya.

Muh yang cur1ga dengan apa yang berlaku melakukan pemeriksaan latar belakang dan terkejut mengetahui pasangannya itu adalah lelaki.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*