KUALA LUMPUR – Seramai 269 warga Rohingya yang cuba mencer0boh perairan Langkawi ditahan awal pagi semalam dengan pihak berkuasa turut menemukan m4yat seorang wanita dalam bot yang dinaiki pendatang tanpa izin itu.
National Task Force (NTF) dalam kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan pada kira-kira jam 5 pagi semalam hasil maklumat Pegawai Pemerintah Maritim Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi beberapa jam sebelum itu.
Menurut kenyataan itu, sebuah bot Pasukan Polis Marin (PPM) dan Kapal Maritim (KM) Kimanis dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diatur gerak ke kawasan terlibat untuk melaksanakan operasi pemantauan dan pengus1ran bot terbabit ke perairan antarabangsa.
“Ketika KM Kimanis menghampiri bot itu, seramai 53 warga Rohingya telah terjun ke laut dan berenang menuju ke pantai dan kesemua mereka telah berjaya ditahan oleh anggota APMM yang telah bersedia di daratan.
“Selain itu, pemeriksaan ke atas bot mendapati seramai 216 warga Rohingya dan m4yat seorang wanita turut ditemukan di dalam bot itu,” menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, pemeriksaan juga mendapati bot berkenaan telah sengaja dib0corkan manakala enjinnya turut mengalami ker0sakan yang teruvk dan tidak dapat dibaiki seterusnya tindakan pengus1ran tidak dapat dilakukan.
KM Kimanis turut memberikan bantuan berupa makanan dan air bersih kepada pendatang tanpa izin itu dan atas dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara telah membenarkan bot berkenaan ditunda ke Jeti Teluk Ewa Langkawi.
“Kesemua 269 pendatang tanpa izin itu kini ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi manakala m4yat itu telah diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.
NTF yang melaksanakan Op Benteng secara bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, APMM dan agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain komited dalam memastikan sempadan perairan dan daratan negara tidak dicer0bohi pendatang tanpa izin atau anas1r asing demi memelihara kedaulatan dan kesejahteraan negara.
Semalam, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan seramai 396 pendatang tanpa izin dan 108 tekong telah ditahan dalam Op Benteng sejak 1 Mei lepas sehingga kelmarin atas cubaan memasuki sempadan negara secara h4ram.
Ekoran itu, pihak berkuasa juga menahan 11 individu disyaki penyeluduvp serta meny1ta 13 kapal selain berjaya mengus1r 140 pendatang tanpa izin, enam tek0ng serta 22 kapal yang membuat cubaan memb0losi kawasan sempadan negara. – Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Sinar Harian
Leave a Reply