Solat Berjemaah, Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan

PUTRAJAYA: Hanya rakyat Malaysia dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid-masjid yang diberi kebenaran untuk dibuka semula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, setakat ini warga as1ng masih belum dibenarkan disebabkan jumlah penul4ran COV1D-19 yang tinggi dalam kalangan kumpulan itu.

“Selain itu, tentunya keutamaan kepada rakyat Malaysia. Kalau mereka (warga as1ng) memenuhi masjid sampai tidak ada tempat untuk warga kita, tidak boleh.

“Jadi setakat ini, hanya untuk warganegara Malaysia dan tidak kepada warga lain,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Ahad.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Jumaat bersetuju secara dasar melonggarkan syarat untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan kepada keluasan masjid khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau berkata kebenaran itu diberikan jika mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penj4rakan sosial.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB dilaksanakan bagi membendung penul4ran COV1D-19, sudah 11 minggu majoriti umat Islam tidak dapat menunaikan solat berjemaah dan fardu Jumaat seperti biasa di surau atau masjid.

L4rangan mendirikan solat berjemaah di surau dan Jumaat itu termasuk dalam senarai larangan berhimpun secara beramai-ramai seperti termaktub dalam Akta Penceg4han dan Pengawalan Penyak1t Berjangk1t 1988 (Akta 342).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*