Isu Penye1ewengan Akaun Armada: RM600,000, Kereta Dis1ta SPRM

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Penceg4han R4suah Malaysia (SPRM) meny1ta wang tunai RM600,000 dari rumah dua ahli Armada, Parti Bersatu yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes penye1ewengan dalam akaun sayap pemuda parti itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, terdahulu, kedua-dua individu itu dipanggil untuk memberi keterangan pada Jumaat lalu yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Susulan keterangan itu, SPRM menyerbu rumah mereka di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan menemukan wang tunai RM600,000,” katanya di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Norazlan memberitahu, dalam satu lagi serbuan berasingan di rumah seorang ahli parti itu, SPRM turut meny1ta sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 yang dipercayai dibeli dengan menggunakan wang penye1ewengan parti terbabit.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan, ketiga-tiga individu itu hanya dipanggil untuk merekodkan keterangan dan tiada tangkapan dibuat.

Kehilangan wang itu diketahui selepas Syed Saddiq membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way.

Wang itu dikatakan disimpan di dalam peti besi di rumahnya di Petaling Jaya, pada 29 Mac lalu.

Dalam laporan tersebut, Ahli Parlimen Muar itu turut memaklumkan beliau menyedari wang tersebut hilang daripada peti besi berkenaan pada kira-kira pukul 7 malam, 28 Mac lalu.

Menurut laporan polis itu juga, Syed Saddiq berkata peti besi miliknya itu telah ditetapkan kod rahsia dan hanya individu tertentu yang tahu di mana beliau menyimpannya.

Setakat ini, dua individu termasuk  Bendahari Armada Parti Bersatu, Rafiq Hakim Razali ditahan setakat ini bagi membantu s1asatan kes itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*