KUALA LUMPUR – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, baginda menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya akan terus mengekalkan kemakmuran dan perpaduan yang telah dikecapi bersama selama ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terbuka hati untuk bersatu memikul peranan membantu kerajaan menjayakan usaha-usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.
Beliau berkata, Seri Paduka turut menyeru rakyat terus bersabar dan berdisplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaaan dalam usaha membanteras dan memutuskan rantaian penul4ran w4bak koronav1rus (Cov1d-19).
“Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi terhadap komitmen dan peng0rbanan yang dicurahkan oleh para petugas keselamatan dan barisan hadapan dalam memer4ngi w4bak ini.
“Al-Sultan Abdullah mendoakan agar Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk anc4man, dirahmati dan diberkati serta dikurniakan dengan kemakmuran dan perpaduan yang berkekalan,” katanya, dalam kenyataan hari ini. – Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Sinar Harian
Leave a Reply