Che Ta dan Zain Saidin bersanding sekali lagi sempena ulang tahun perkahwinan ke-6! “Dah macam pengantin baru..”

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-6, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah menyambutnya dengan cara yang berlainan berbanding dengan tahun sebelum ini.

Masakan tidak, Che Ta dan Zain Saidin telah memilih untuk bersanding sekali lagi dan turut dihadiri oleh 100 tetamu jemputan.

Pasangan itu kelihatan serasi dan elegen dalam persalinan yang menawan. Menerusi perkongsian foto di Instagram, Che Ta kelihatan anggun mengenakan dress berona putih dan barang kemas Habib Jewel. Manakala Zain Saidin pula tampan mengenakan tuxedo hitam.

Antara foto persandingan ulang tahun perkahwinan mereka.

Sekadar perkongsian, Rozita Che Wan telah mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 13 Disember 2013. Selain menerima wang hantaran sebanyak RM 23 2200, mas kahwin RM 9300 dan sebentuk cincin bernilai RM93 000, majlis resepsi mereka turut menerima tajaan sebanyak 13 juta.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014.

Sumber: Carian Google, Instagram rozita Che Wan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*