Suami kepada pelakon Faezah Elai, Heykal Hanifah ada berkongsi sekeping fotonya di media sosial Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, pengarah itu mendedahkan bahawa dia pernah mengalami 0besiti yang teruk dan berat badannya mencecah 121 kg.
Kerana masalah itu, dia telah mengalami masalah dalam kehidupan sehariannya termasuk sukar untuk menunaikan solat dengan selesa.
“Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun s1ksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada, nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku utk beri instruction kepada crews dan actors.”
“Bila pelbagai usaha yg dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan.terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi.”
“Terima kasih pada @ezdiet Terima kasih pada @slendefit. 012-4705202. 0124705202
Terima kasih ❤️ pada isteri tersayang yang banyak sangat membantuku @faezahelai LUTJ #makantetapkenajaga #nakkuruskenasenaman #nakkurusjagamakan“, kongsinya.
Terdahulu, Heykal Hanifah telah berkahwin dengan Faezah Elai pada September 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Sumber: Instagram Heykal Hanifah
Leave a Reply