Rasanya sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang Ameera Khan, yang juga merupakan adik kepada hos dan usahawan Neelofa.
Lantas ianya menjadi tanda tanya ramai dan sekaligus pelbagai persepsi yang timbul dengan ‘kehilangan’nya secara tiba-tiba dari media sosial.
Bagaimanapun, Neelofa ketika ditanya perkara tersebut menjelaskan bahawa adiknya kini sedang berehat seketika dari media sosial,
Malah jelasnya, Ameera sebolehnya tidak mahu media sosial memberi kesan kepada pemikirannya yang sedang meningkat dewasa.
“Dia sedang berehat dari media sosial sebenarnya. Katanya sebagai seorang yang semakin membesar, dia menerima banyak persepsi.”
“Malah dia juga bandingkan kehidupannya dengan apa yang dilihat di media sosial. Dia seperti rasa dia kurang bagus, kurang sempurna dan sebagainya..’
“Jadi perkara itu secara tidak langsung ‘slowly eating her’ dan dia beritahu untuk take break sekejap. Saya sebagai kakak pastinya menyokong keputusannya itu.”
“Bagus juga sebab dia remaja yang sedang membesar, jadi dia boleh mencari identiti diri sebenar.”
“Saya rasa dia akan kembali tidak lama lagi. Biarkan dulu dia membesar mengikut ‘flow’ yang sepatutnya, bukan dari arus media sosial.”
“Sayanglah juga bila dia ambil keputusan untuk tutup akaun,banyak juga jenama yang tanya. Tapi saya beritahu hormat keputusannya.. dia perlukan privasi seketika, dia akan kembali semula nanti.”
Terdahulu, nama Ameera Khan sering menjadi bualan ramai lantas tindak tanduknya juga menjadi perhatian.
Sumber: Instagram Neelofa, Carian Google
Leave a Reply