“Abang dah mula rasa penaat dan letiih dengan dugaan perniagaan ..”, – Dato Aliff Syukri mahu anak ganti tempatnya

Berkongsi sekeping foto bersama anak sulungnya, usahawan Dato Aliff Syukri mengatakan bahawa dia sudah penat berniaga dan tidak sabar untuk menunggu anaknya itu dewasa supaya dapat mengambil alih tempatnya.

Menurutnya, sudah 22 tahun dia bergelar jutawan dan dia sudah penaat dengan dvgaan perniagaan yang terpaksa dihadapi setiap hari.

“sy dah tua ..32thun sy jadi jutawan 22tahun dan sy jarang berenti utk berniaaga dan sy nak rehat.. Tak sabar rasanya nak tunggu @ammarahyan_terlajaklaris besar dan mengambil tempt abg handle bisnes abang … dan menguruskan perniagaan abang😰 ”

“Abang dah mula rasa penat dan letih dengan dugaan perniagaan .. siang malam, pagi, petang kena fikirkan nak mangainkan bisnes yg dah 11tahun… ”

Tambahnya lagi, bukan senang untuk mencari orang yang jujur dalam berurusniaga, namun dia mengatakan itulah ragam perniagaan.

“nak cari orang percaya susah banyak orang menipu dr yg jujur… itulah ragam perniagaan .. siapa yang tahu apa yang abang rasai sekarang sila komen di bawah”, tulisnya.

 

Perkongsiannya itu telah menerima banyak reaksi dari pengikut yang rata-rata mendoakan agar Dato Aliff bertahan dengan dugaan yang sentiasa ada.

Malah, pengikut juga turut berdoa agar Ammar Ahyan menjadi anak yang baik dan dapat menggantikan tempat bapanya pada satu hari nanti.

Setelah hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama Datin Shahida, Dato Aliff bakal menimang cahaya mata yang kelima pada bulan hadapan.

 

 

View this post on Instagram

 

Banyak-banyak manusia dalam gambar ni peminat siapa paling banyak cuba korang kat IG dia😬

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*