Setelah dilamar oleh Isa Khan pada 23 November yang lalu, Nur Risteena akui tidak tahu menahu tentang rancangan buah hatinya itu.
Memilih lokasi romantik Bali, Isa Khan telah menyuarakan isi hatinya untuk meminang Risteena menjadi suri hatinya dan menyarung sebentuk cincin di jari wanita itu.
Menerusi ruang entri Instagram Risteena, pelakon itu turut berkongsi luahan hatinya. Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar mencintainya.
” Cinta š
Aku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu.
Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality.
Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud.
Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia.
Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist.
Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu.
Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang.
Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu.
I love you, Cintaš¹”, tulisnya dengan penuh perasaan.
Risteena dan Isa Khan telah memulakan perkenalan mereka lima bulan yang lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.
Sumber: Instagram Nur Risteena Munim
Leave a Reply