“Layan kejap pastu tertido sendiri”, CP Juliana Evans teruja anak naik motor buat pertama kali

Semenjak bergelar seorang ibu sejak 13 Julai yang lalu, Che Puan Juliana Evans dilihat kerap berkongsi perkembangan cahaya mata pertamanya.

Terbaru, CP Juliana telah berkongsi beberapa keping foto serta rakaman video suaminya membawa anak menaiki motor.

“Mily’s first bike ride 🏍 Daddy selalu nak entertain dia petang2 time dia mengantuk so layan kejap pastu tertido sendiri 😂I guess she also felt super comfortable being strapped in @daiichi_malaysia baby carrier
@happikiddo_ @daiichi_malaysia
#babycarrier #daiichimalaysia“, tulisnya.

 

Disamping itu, peminat memuji wajah anak Juliana yang comel dan bersahaja.

Sekadar perkongsian, Che Puan Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans telah berkahwin dengan kerabat raja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada tahun 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 13 Julai yang lalu, diberi nama Tengku KamiliahZanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Sharifuddin.

 

 

View this post on Instagram

 

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Tengku Kamiliah Zanariah binti Tengku Shariffuddin Shah 💞

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Sumber: Instagram CP Juliana Evans

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*