“Saya Hanya Fikir Mat1”- Nelayan Ini Ceritakan Kejadian Traged1 Bot Terbalik

“SELEPAS hampir sejam berada di lautan dengan hanya berpaut pada bot nelayan, malah dua kali hampir Iemas akibat ombak yang kuat menyebabkan saya hanya fikir mat1 pada waktu itu,” luah Haris Mat Yasin, 50.

Haris, m4ngsa yang terselamat dalam traged1 bot terbalik kejadian di kawasan perairan Kuala Kemasin, Bachok, 8.30 malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku bermula dengan hujan lebat secara tiba-tiba ketika mereka baru mula mencandat sotong selain berlaku ribut disusuli ombak setinggi lebih tiga meter yang menghemp4s bot mereka.

“Dalam keadaan yang kelam-kabut, saya dan beberapa rakan lain sempat terjun ke laut melalui tingkap bot kerana tidak mahu terperangkap jika ia terbalik.

“Saya bernasib baik selepas dibantu seorang lagi m4ngsa yang menyuruh saya berpaut pada bot separuh tenggelam itu.

“Tidak dapat saya bayangkan keadaan ketika itu yang bukan sahaja dalam gelap-gelita malah kami dihemp4s ombak kuat.

“Apa yang saya ingat, tekong bot berenang meninggalkan kami untuk cuba mendapatkan pertolongan dari bot nelayan yang berhampiran.

“Hanya beberapa orang sahaja yang saya dapat lihat dengan jelas, masing-masing lemah berpaut dan bertahan untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang To’la di Pasir Mas hari ini.

Haris yang sudah beberapa mencandat sotong sebelum ini berkata, traged1 terbabit adalah pengalaman paling trag1s dilaluinya selain masih lagi trauma dengan kejadian itu.

“Sebaik ada nelayan yang datang membantu, saya berasa lega serta bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan selamat dalam traged1 ini. Saya diberikan minuman sebaik diselamatkan kerana berada dalam keadaan lem4h dan tidak bermaya.

“Sekarang, hanya wajah rakan-rakan lain yang bermain di fikiran terutama empat yang masih hilang dan terk0rban. Saya hanya berdoa semoga mereka semua ditemui segera.

“Selepas melalui pengalaman ini, saya berasa ser1k untuk ke laut kerana ia pengalaman yang sangat men4kutkan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*