“Kami Mahu Nama Yang Senang Ingat” – Mia Ahmad Jelaskan Maksud Nama Puterinya, Iris

Sesetengah ibu bapa mungkin cenderung untuk memberikan nama anak dengan pilihan nama yang panjang. Maka, tidak hairanlah mungkin ada antara kita yang mempunyai nama sehingga tiga ke empat patah perkataan.

Apatah lagi dengan pilihan nama-nama moden yang kedengaran agak sukar untuk disebut.

Begitupun, bagi pelakon Mia Ahmad, dia mengakui sengaja memilih untuk menggunakan nama yang ringkas buat cahaya mata keduanya.

Justeru, katanya dia dan suami bersepakat untuk memberikan nama  sejenis bunga buat sang puterinya itu.

“Makna nama anak saya Iris ialah bunga.

“Kami memilih nama anak perempuan kami Iris sebab kami nak nama yang pendek, ringkas, sweet dan senang nak ingat,” katanya kepada Gempak.

Sebagai info, bunga Iris merupakan satu jenis bunga daripada keluarga Iridaceae yang mempunyai lebih kurang 300 spesies.

Terdahulu, Mia mendedahkan nama anak perempuannya kepada umum selepas 10 hari kelahirannya pada 18 Jun lalu.

Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*