Mencuit Hati! Telefon Bomba Sangka Ada Ular, Rupanya Katak

PANIK apabila mendengar bunyi seperti ular dalam lubang paip mesin basuh, menyebabkan seorang guru menghubungi talian kecem4san 999 untuk bantuan.

MaIangnya bunyi itu bukan ular seperti disangka, sebaliknya katak.

Panggilan dibuat pada 2.05 petang semalam dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor bergegas ke rumah lelaki berusia 34 tahun itu di taman perumahan di Ijok, Kuala Selangor.

Pegawai APM Kuala Selangor Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, ketika pasukannya tiba, pengadu memaklumkan mendengar bunyi aneh di dalam lubang paip buang air mesin basuh di belakang rumahnya.

“Dia memberitahu melihat kepala dan badan binatang seakan ular dan anggota kemudian memeriksa lubang berkenaan.

“Nampak sesuatu menyerupai anak ular sawa tetapi berwarna kuning, sedangkan anak ular sawa kebanyakannya berwarna kelabu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suzaini berkata, anggota kemudian menarik keluar paip terbabit dan mendapati haiwan yang keluar adalah katak.

Katanya, pengadu memohon maaf disebabkan kesilapan itu namun, pihaknya menganggap ia insiden yang mencuit hati.

“Tindakan pengadu kerana dia berhati-hati daripada sebarang kemungkinan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*