Gara-gara memuat naik sekeping gambar duduk di atas pelamin sambil memegang sejambak bunga, netizen mula berteka-teki mengenai status penyanyi Iman Troye yang dikatakan sudah mengikat tali pertunangan.
Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen “Alhamdulillah” itu memaparkan penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.
View this post on Instagram
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah namun ada juga yang mengatakan bahawa gambar tersebut hanyalah sekadar gurauan.
Iman menerusi Insta Story miliknya turut memuat naik persoalan dari peminat mengenai gambar tersebut serta momen di atas pelamin.’
Sebelum ini Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel namun dinafikan oleh mereka dan mengatakan hubungan mereka ibarat abang dan adik sahaja.
View this post on Instagram
Apapun, kalau dah sampai jodoh apa salahnya kan. Kita doakan yang terbaik untuk Iman.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: cari
Leave a Reply