“Depa Tu Hebat Pasai…” – Sharnaaz Diminta Ulas Mengenai UEL, Sekali Dia Nah Jawapan Dia Bagi

Kuala Lumpur: Tular dalam media sosial pada saat ini mengenai pendakwah bebas yang ramah disapa dengan panggilan Ustaz Ebit Liew gara gara tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Disini, min mengambil kesempatan untuk meminta warga maya khususnya untuk terus mendoakan kebaikan dan membiarkan hal ini diselesaikan dengan baik.

Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik satu foto ‘selfie’ nya dengan kapsyen:

“Selpie satiuuuu sebelum anak bertuah bangun ajak go go car.. tekan like kalau rasa ensem, tekan like kalau rasa nak muntah.. mudah kan. Ye tau dah tua, gatal tu sikit ja.. kalau tak gatal risau jugak.. mana tau dah expired awai, Happy weekend kawang kawang..”

Namun, terdapat komentar yang mengajukan soalan pada Sharnaaz dan beliau sendiri memberi respon.

Respon Sharnaaz:

“no komen.. depa tu hebat pasai agama.. sy hebat bab kritik makanan je.. berlakon pun tak pandai mana..”

Caprice buat ‘kiss’

Dalam satu soal jawab dengan pengikutnya, penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu membalas soalan dengan menunjukkan sebuah video dirinya tanpa suara.

“Yang video itu sahih ke Cap (Caprice)?” soal seorang pengikutnya.

Dia kemudian hanya membalas persoalan tersebut dengan sebuah video dirinya tanpa suara seakan-akan mengajuk aksi membabitkan pendakwah tersebut seperti yang terdapat di dalam rakaman tular sebelum ini.

Caprice menjadi sasaran kutu.kan netizen selepas dia melancarkan perang terhadap beberapa golongan yang telah mencem4r kesucian agama dan bangsa termasuk pedofilia setibanya dari Jordan dan Mesir pada 21 September lalu.

Walaupun tidak menyatakan secara tepat siapa yang dimaksudkan tetapi rata-rata netizen mengaitkan pendedahan itu de­ngan pendakwah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Caprice dan Sharnaaz Ahmad kini kembali berdamai selepas persengketaan yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Caprice, dia menunjukkan sedang melepak minum bersama Sharnaaz.

Walaupun tidak menyatakan sebarang butiran tentang pertemuan tersebut, namun video yang ditunjukkan kelihatan kedua-duanya kelihatan mesra.

Sebelum ini, persengketaan Caprice dan Sharnaaz timbul apabila kedua-duanya saling berbalas posting di Insta Story setelah isu saling mempersenda antara satu sama lain.

Namun enggan memanjangkan isu lagi, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui gurauannya terhadap Caprice adalah keterlaluan. Mahu menyelesaikan masalah antara mereka secara peribadi, Sharnaaz turut memohon maaf secara terbuka kepada Caprice.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*