Sebagai anak, bebelan seorang ibu pastinya sudah menjadi halwa telinga yang sering didengar walaupun kadangkala ia agak memer1tkan.
Namun, naluri sebagai seorang ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak dan setiap beb3lan tersebut merupakan satu pesanan atau peringatan untuk memastikan anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bila kau jenis semua benda tak reti 😂 ##mixmarriage ##mualaf ##tiktokmalaysia ##fyp ##fypdongggggggg ##fypシ ##fypage
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @emiliacomot, dia telah berkongsi momen ‘dib3bel’ ibu kandungnya ketika majlis pekahwinannya sendiri.
Dia yang juga seorang wanita mualaf hanya mampu tertawa mendengar ibunya yang berbangsa Cina memintanya menjadi isteri dan melayan suami dengan baik sebelum pulang.
Pesanan-pesanan tersebut disambut gelak ketawa orang sekeliling kerana melihat pasangan pengantin sudah ‘mer4h pad4m’ kerana dib3bel ibu pengantin perempuan.
Dah ditonton lebih sejuta dalam sehari
Walaupun video tersebut merupakan ‘throwback’ @emiliacomot ketika bersanding beberapa tahun lalu, ia tetap menjadi satu kenangan yang akan terus diingati sepanjang hayatnya.
Perkongsian berkenaan juga telah ditonton lebih daripada 1 juta warganet di aplikasi TikTok dalam masa satu hari sahaja.
Masing-masing turut meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa hampir semua ibu-ibu di Asia berperangai sama dan beb3lan tersebut pasti akan terus dirindui oleh setiap anak-anak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: OMM
Leave a Reply