Pelakon, Emma Maembong kini semakin bahagia bukan sahaja disisi suami yang dikahwininya pada 20 Februari 2020 malah kehadiran cahaya mata pertamanya turut sama mewarnai hidupnya.
Kini anak Emma Maembong yang diberi nama Shariq Gabriel semakin membesar dengan sangat comel apabila sebelum ini pernah tular matanya berwarna grey.
Walau bagaimanapun, nampaknya anak sulung Emma Maembong ini menjadi bualan hangat peminat pelakon, Dini Azan Schatzmann apabila di ruangan Instagram milik Shariq Gabriel dimuat naik satu rakaman video.
Untuk info, si cilik anak selebriti ini juga sama seperti anak selebriti yang lain dimana turut mempunyai akaun Instagram dimana Shariq Gabriel telah diikuti ribuan pengikut.
Menerusi rakaman video ini pula, Dini Azan Schatzmann dilihat memegang anak Emma Maembong ini dan tidak semena-mena peminat merasakan wajah mereka kelihatan seiras.
View this post on Instagram
Bagi netizen, jika Dini Schatzmann berlakon dengan cahaya mata pelakon jelita itu sebagai anak dan bapa pasti sangat kena kerana wajah mereka yang salin tak tumpah itu.
Ruangan komen di hantaran video itu nampaknya dengan pantas juga dibanjiri dengan pelbagai pujian daripada peminat selain terhibur melihat telatah comel Shariq Gabriel.
“Haa ni dua orang mat salleh”
“Muka ada iras”
“Kalau berlakon jadi dad and son ni memang ngam…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: hcl
Leave a Reply