Netizen Suka Tengok Zizi Kirana & Suami – “Takde Drama, Uj!an Kesubur@n Bagai”

Pernikahan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin hari ini disambut gembira oleh warganet di media sosial yang kebanyakan memuji pasangan selebriti itu kelihatan sama cantik sama padan.

Meninjau komen di laman Twitter, ramai terkejut apabila mengetahui penyanyi berusia 36 tahun itu ‘diam-diam’ telah selamat bergelar isteri tanpa membuat sebarang pengumuman untuk berkahwin.

Lebih menyenangkan hati mereka kerana mempelai itu tidak ‘kecoh’ dan menimbulkan gosip seperti segelintir selebriti lain sebaliknya hanya mengambil masa dua bulan bagi menjalin hubungan cinta.

Selain itu, terdapat juga segelintir kaum lelaki meluahkan perasaan patah hati setelah penyanyi kesayangan mereka kini menjadi hak milik orang lain.

Terdahulu, pasangan tersebut mencuri perhatian netizen apabila Yusuf dipercayai tersasul memanggil penyanyi lagu Eh itu dengan gelaran sayang sehingga video IG Live mereka tular di aplikasi TikTok.

@asyrafislm

HAHA ZIZI COMEL AHAHA AKU X BOLEH LA DIA NI 😂😍 ##pengantinbaru

♬ original sound – Asyrafislm

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*