Tahun ini mungkin tak lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya buat Shuib apabila menyambut hari lahir isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tanpa kehadirian insan istimewa itu.
Tapi perancangan Allah S.W.T cukup berbeza kerana Dia menggantikan dengan seorang ‘malaikat kecil’ sebagai hadiah dari arwa.h iaitu Ayash Affan yang baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah sehari sebelum hari lahir Siti Sarah.
Jadi, bersempena dengan hari lahir arwah, Shuib telah membawa ahli keluarga serta ketiga-tiga anaknya selain Ayash ke pu$ara Siti Sarah yang telah men1nggal dun1a pada 9 Ogos 2021 yang lalu.
View this post on Instagram
Di ruangan kapsyen, Shuib seakan bermonolog dengan memberitahu yang dia serta anak-anak datang untuk menyambut hari lahir arwah di ‘rumah’ baru arw4h. Walaupun keadaan telah jauh berbeza, namun pelawak tersebut memaklumkan yang rasa cintanya tetap utuh.
“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dengan Anak2 sambut Birthday U dekat rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dengan kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH. Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN 5 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya
Terdahulu, usahawan dan pelawak tersebut telah memuat naik ke media s0sialnya berkenaan kepulangan anak bongsu tersayang, Ayash Affan ke rumah selepas lebih sebulan berada di hospital sejak dilah1rkan.
Dapat dilihat anak-anaknya yang lain menyambut kehad1ran adik mereka dengan begitu gembira. Shuib juga menyifatkan yang Ayash merupakan hadiah teristimewa kepada dia dan anak-anak yang lain oleh arwah isteri sebelum kepulangannya kepada Illahi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: OMM
Leave a Reply