‘Tak Sampai 5 Minit Balik!’ – Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Cvri Tumpuan, Tetamu Stop Ambil Makanan & Doorgift Je

Sedar tak sedar hampir dua tahun, negara kita berdepan dengan w4bak C0vldl9 yang boleh meng4ncam ny4wa. Kedatangan w4bak ini secara tidak langsung, mengubah gaya hidup penduduk dunia dan kita semua perlu akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengek4ng penvlaran w4bak ini.

Namun begitu, perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat pengantin ini dalam meraikan hari ‘bahagianya’ bersama ahli keluarga dan sahabat handal.

Kenduri drive thru

Seperti video dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fatin menceritakan pengalamannya menghadiri sebuah majlis perkahwinan secara pandu lalu (drive thru). Ujar wanita ini, setiap tetamu yang hadir perlu beratur di dalam kereta masing-masing dan perlu menunggu giliran untuk tiba di hadapan pintu rumah pengantin.

Kalau nak bagi salam kaut (duit), letak je dekat tabung yang disediakan. Jumpa tuan rumah dekat tingkap kereta.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menjelaskan tetamu yang hadir hanya boleh melihat pengantin bersanding dari dalam kereta dan boleh memberikan ucapan kepada pengantin menerusi tingkap kereta masing-masing.

Apa yang lebih mengujakan, selepas tetamu melihat pengantin bersanding, mereka akan dibekalkan dengan makanan dan cenderahati daripada tuan rumah.

5 minit je pergi kenduri. Selamat pengantin baru Maisarah dan pasangan. Moga diberkati dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Video :

@fatin_halim

Kenduri Drive Thru.

♬ Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan konsep yang digunakan oleh keluarga pengantin ini. Pada masa yang sama, mereka turut menjelaskan ia merupakan norma baharu yang perlu dibiasakan dalam masyarakat.

Komen netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*